JellyPages.com

May 18, 2011

ingat senang ker ?



APA yang akan saya tulis ni secara honestnya saya nak cakap..ia lahir dari hati kecil saya. Tanpa saringan dan tapisan. memang statement yang rasa macam nak sepak muke je. Tapi kamu tak boleh marah saya wahai pembaca sebab semua yang berlaku menyebabkan saya berfikiran macamni. 

OK..begini. Saya nak buat confession bahawa:




1) Aku tak suka apa2 sahaja perkataan berkaitan wedding or engagements. 




   -This is because, sejak dua menjak ni makin banyak pulaklah aku terima jemputan kahwin dr member2 sebaya or what not di kala aku sedang begini. Aku rasa mereka sedang mengejek-ejek aku ``wuuu aku dah nk kawen..ko adee??? oh bf pun takde..sedeehhhh lah kau nih'' Cube letak diri korang di tempat aku, adakah korang memang nak n suka jadi macam aku? Oklah fine. Aku harus mengucapkan CONGRATULATION pada kamu sebab akhirnya bahagia menjemput kamu dan pasangan. Dan semakin ramai yang bagi kad kawen, makin loser aku rasa diri aku ni. L besa atas dahi. Sama jgk kalau mereka yang bertunang. Korang buat aku rasa aku tak akan dapat peluang merasa fasa hidup begitu. Oh SITUASI..why must u be cruel to me? Triple L atas dahi lagi.




2) Aku jeles dgn pasangan berchenta.




-Oh indah sungguh rasa berchenta. Satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada Adam dan Hawa. Benci. Mungkin itu perkataan yang sesuai utk aku katakan. Melihat org bahagia diulit cinta, buat macam2 benda bersama2 and berusaha menjaga hubungan itu. Mereka sengaja buat aku jeles..dan terus menerus buat aku rasa aku wanita yang tak layak mendapatkan satu pun cinta.  Patheticnya aku..walau aku tau aku kena be happy for teman2 yang sedang berbahagia..




3) Aku mahu jadi wanita jahat




-Macam yang pernah aku cakap di FB, aku mau jadi wanita jahat. Ya..tapi mampu ke aku? Actually, aku benci bila lelaki mahukan semua yang terbaik dalam diri seorang wanita sedangkan diri mereka pun bukannya perfect sgt. Aku nak cakap satu je. ``PEGI MAMPOSSS!!'' Nak yang begitu begini, tapi korang sendiri pun bukannya bagus sgt pun! Hidup ni bukan pasal nk cari perfectness  semata. N korang pun tau. Tapi sengaja buat2 tak tau. Untuk golongan begini, aku mahu berikan kata F depan muke kamu. Mempermainkan wanita dan kamu igt kamu boleh terus hidup dgn aman dan akhirnya dapat bahagia? Tunggu kebangkitan KARMA. Anda pasti akan menjilat `kemanisannya'!!! Dan ketika itu, aku pasti akan tersenyum gembira sambil bertepuk tangan dan makan kuaci dengan lahapnya.


0 budak maen batu serembang: