JellyPages.com

October 18, 2011

bahagiakah aku bila kau bahagia ??

Rindu satu kisah cerita tentang kita yang dulunya pernah ada cinta.. Rindu pada satu wajah yang pernah membuatkan ku percaya cinta tidak semestinya memiliki.. Rindu pada kenangan lalu dan yang pastinya tidakkan ulang kembali.. Rindu pada kamu, ku hanya mampu doakan kebahagiaan dari jauh ..
Kamu tidak akan dapat memikat manusia dengan harta benda kamu sebaliknya pikatlah hati manusia dengan akhlak dan budi bicara kamu ..Cintailah diri sendiri dahulu sebelum kamu mencintai orang lain.. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu .. Hati wanita siapalah yang paham.. Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya ..
 Kadang rindu kita pada seseorang yang kita sayangi, cintai dan yang kita suka.. Ingin saja kita luahankan dan mengambarkan perasaan yang membuak buak.. Dalam erti memberitahu dalam sms atau call.. Dan amat sedih hati ini jika dia tidak merasakan apa yang kita rasa.. Dan kadang kita cumalah bertepuk sebelah tangan.. Amat menyakitkan.. Merindui pada yang tak sudi ..
 Aku masih merindui mu, walaupun kita tidak lagi bersama .. menyintaimu tidak memerlukan alasan dan sebab.. Cuma aku ingin hidup semati denganmu .. Tak seorang pun yg sempurna. Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. dan sgt Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah .. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia pergi berlalu tanpa menoleh lagi akhirnya kamu terpaksa catatkan simpan jauh di dalam lubuk hati.. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi masih ada getarannya ..
Kadang simpan saja rasa yang kuat mencengkam erat dalam dakap dada amat pedih dan sakit.. Menyembunyikan satu rasa cinta yang dulunya kita yakin itulah sejati memerlukan kekuatan dan semangat yang kuat.. Pergi dan berlalu satu detik masa itu tidak akan kembali lagi.. Biarpun punya ada kesempatan namun hanya lirikan mata yang menemani .. Usah mencari sempurnanya pasangan kita, kerana kita masih banyak lagi kelemahan.. Carilah yang serasi agar hati sentiasa tenang .. Andai malam berlabuh pasti berteman bintang.. Kadang tanpa bintang, awan berlalu masih ada lagi pungguk.. Kerana setia menanti cahayanya bulan ..
 Mengapa ungkapkan kata cinta padaku dan setelah hatiku terpaut, kamu pergi meninggalkanku .. Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah.. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka.. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena.. Semuanya dipersalahkan.. Itu tak betul, ini tak betul.. Semua orang dikeliling akan disalahkan .. Tidak seorang pun yang paling sengsara di bumi daripada yang sedang bercinta, meskipun ia merasakan manisnya cinta, aku melihatnya setiap saat berlinang air mata kerana takut berpisah, atau mungkin kerana rindu.. Cinta meskipun pelakunya merasakan indah atau nikmat akan tetapi ia adalah merupakan azab dalam hati.. Dan kerana masih ada cinta, ada yang sanggup bermadu kasih walau itu hanya derita yang ada ..
Aku lelah untuk mengertikan cintaku padamu, aku rapuh di mahligai rindu yang ku hias dengan kenangan bersamamu.. Jujur aku akui, aku tak sehebat dia, aku tak seteguh dia.. Aku hanya insan yang lemah, tak berdaya dalam mengejar cintamu.. Dalam kehidupan kita ini sering kita di beri pelbagal pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.. Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan.. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan .. Andai hati ini terus kosong dan sunyi, ingatlah kita tidak keseorangan.. Mengapa harus di sisihkan jiwa yang tidak tenang dan terus menolak erti kebahagiaan yang seharusnya kita miliki.. Berusahalah untuk mencari ketenangan jiwa dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah.. Usah kita menzalimi diri kita dengan memberi ruang bisikan halus menguasai minda kita.. Berazam untuk berubah duhai hati ..
Siapalah aku untuk meratap rayu pada kamu yang sudah pun memilih si dia.. Sedang aku tiada punya apa apa berbanding dia insan yang kamu puja.. Cuma yang ada sekeping hati yang sering disangka ikhlas menerimamu seadanya.. Ku harap kamu bahagia bersama dia pilihanmu ..
Bercintalah pada yang ikhlas menerima kita seadanya dalam mencari erti kebahagiaan.. Usah disanjung pada si dia yang tidak tahu menghargai kita.. Kadang kita bodoh menanti dan mencintai orang yang meninggalkan kita tapi tidak menghargai dan meninggalkan orang yang mencintai kita seadanya.. Pada yang sedang bercinta, ingatlah bahagia itu bukan untuk selamanya.. Pada cinta yang hadir, pasti akan pergi jua.. Pada cinta yang sedang mekar. Pasti kan pudar jua nanti.. Beringatlah kini masa sedang bahagia jangan di kala derita sesalan tak sudah..
Jgn hanya pandai bkata2,jika kam0o tdk tahu apa ertinya...bahagia ku bkn tletak pd kam0o,tp bahagia ku adalah pcarian dlm idup ku...jika bkn pd saat ini bhagia 2 mjadi milik ku,mgkn pd masa yg akan datang..ini bkn hanya angan2,tp adalah 1 harapan..dan harap ianya mjadi knyataan... untuk apa lagi untuk kita meneruskan andai tiada kemesraan,teramat sayang untukku buang namun pahitnya untukku telan....suatu masa kau lah penyeri hidupku tetapi kini tiada lagi...biarlah aku melangkah pergi jauh dr hidupmu wlupon tanpa kerelaanku...
Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Kebahagiaan aku tidak semestinya dengan kamu.. Bila kamu tinggalkan aku, bila kita tidak lagi bersama tidak semestinya selamanya tiada bahagiaan pada aku.. Memang perit menghadapi kenyataan bila tiada jodoh antara kita.. Cuma aku perlukan sedikit masa untuk sembuh ..
cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh akan ketemu cinta ..
Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. mencintai tidak semestinye memiliki...kite harus lepaskan dia...dgn penuh harapan dan doa agar dia bahagia...senyuman di bibirnye...adalah bahagia di hati kite... Jika cahaya bintangku kian suram tandanya awan masih lagi berlabuh sepi.. Dan angin yang bertiup sampaikan saja rindu tak berteman ini pada bulan.. Kerana setianya pungguk pada bulan terlupa masih ada cahaya dari bintang.. Aku lemah dalam mengorak langkahku kini.. Rindu aku pada satu wajah ..
Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta.. Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang, atau minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?
Aku tak bahagia melihat kau bersamanya.. Bagaimana harus aku bahagia jika aku tsenyum dlm tangisan.. Air mataku mengalir sepi.. Tiada nada, tiada sendu.. Kerna aku menangis dr dalam lubuk hati yg terluka.. Bahagia aku bukannya terletak pada kamu.. Dan kebahagiaan aku juga mungkin tiada pada kita.. Sedang bahagia itu harus kita mencari sendiri tanpa perlu penat dan lelah.. Kerana aku tahu dan mengerti.. Bahagiaku pasti ada walau kamu pergi menghancurkan janji kita . Rindu yang hadir ini tidak semestinya cinta.. Seolah terlupa aku pada kesakitan yang pernah kamu lukai.. Dan selalunya bila cinta pasti ada cinta.. Dan aku terdiam seketika apa ertinya cinta antara kita .. Cinta bukan hanya dari kata-kata, tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang menghargainya ..
mungkin kate org untuk melupakan seseorang yang pernah ad dalam haty kita sukar..
tapi saya try ..buat ape saya menangis kerana insan yang tak pernah menghargai kasih sayang yang saya berikan kepada dia,..
buat ape saya merindui insan yang tak pernah merindui saya,,
saya yakin saya boleh melupakan dia..
dia boleh hepy2 ..saya pon boleh juga hepy tanpa dia...
cinta saya hanya untuk ALLAH S.W.T..
lebih baik saya menyintai ALLAH daripada saya menyintai mahluknya yang tak pernah hargai cinta saya..
hanya menabur janji2 manis tapi semua nya hanya palsu..
kata-kata palsu..saya akan hapuskan kenangan dan bayangan dirinya dalam hidup saya..
saya akn cuba padam kan janjy2 yang pernah dia berikan kepada saya..
saya yakin sekarang segala-gala yang terjadi ada hikmahnya,,,
tak perlu saya menangis kerana insan yang hadir seketika sekadar untuk menguji saya..
sekarang ape yang saya perlu lakukan..saya ingin berubah..tak mahu menjadi insan yang lemah tanpa seorang lelaki..
 
jika saya merindui untuk mesej dengan dia..saya akan cuba buangnya dengan zikir..lebih baik saya pegang tasbih daripada saya pegang hp dan mesej pada insan yang bukan milik saya lagi..
jika saya merindui suaranya,saya cuba hapuskannya dengan mendengar kalimah2 allah..itu lagy baik daripada saya mendengar suara ynag hanya menabur janji palsu kepada saya...
saya akan berubah dan ingin menjadi seorang yang tabah dan cekal hadapi kehidupan pada masa akan datang..

kepada insan yang pernah saya sayangi..
saya doakan semoga awak bahagia dan dipertemukan jodoh dengan insan yang baik dan solehah..
saya sentiasa doakan kebahagiaan awak dan kesejahteraan awak..
maafkan saya jika selama ini pernah membuat awak terluka...
semoga doa awak supaya ditemukan jodoh semoga tuhan makbulkan..
saya harap awak jaga kesihatan awk..sekian salam terakhir dari saya.. mahluk ALLAH.. :)

1 budak maen batu serembang:

cha aisyah said...

nice post mohon share ek