JellyPages.com

October 24, 2011

Bila ....




saya telah mengembara ke hujung dunia mencari cinta saya tapi kali pertama bertemu awak hati saya terus terpaut . demi tuhan ! saya sendiri pun tak tahu kenapa . tapi itu lah kebenaran yang harus saya katakan . dan saya tahu yang saya bukan lah salah seekor kupu-kupu perhiasan d dinding kamar awak . hanya dengan sebuah renungan , saya terus jatuh tersungkur ke penjuru mata awak . semakin mengenali awak , saya tak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya mula menyayangi awak . bersama masa , perasaan sayang ini menjadi dewasa . dari dewasa menjadi cinta dan saat saya mencintai awak , saya jatuh ker dasar perasaan yang sangat dalam . lemas dan hampir tenggelam dalam lautan kasih sayang yang penuh seribu impian . dan saya mula berfikir , saya mengembara ke hujung dunia mencari awak . rupa-rupanya awak ada di sisi saya selama nie . dan baru saya sedari tika dan saat itu ..

bagai merpati putih cinta saya berkelana , mencari singah sana di hati awak untuk bertakhta dan ternyata saya tidak temui noktah cinta itu . tapi akhirnya bila awak telah memiliki cinta saya , awak campakkanya jauh ker dasar laut yang tak mampu saya selam . di sana saya tak mampu melihat cahaya . awak beri saya harapan yang sangat besar dan akhirnya awak jugak yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam-diam .. sedih sangat-sangat bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnye awak cari . tapi jauh d sudut aty saya merasakan bahawa awak belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin takkan pernah dewasa atau mungkin jugak awak belum pernah jatuh cinta dalam keadaan sebenar-benarnya pada seseorang ..

jadi selama nie siapa saya di hati awak ? adakah selama ini awak sebenarnya tak pernah mencintai saya ? siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati ? siapa yang mengajar saya bahawa cinta itu perlukan pengorbanan ? siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri ? siapa semua tuh ?

awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali tapi saya pula seorang perempuan yang percaya bahawa dalam hidup saya yang saya hanya akan ada 1 lelaki , 1 cinta dan 1 perkahwinan . kita hidup sekali , mati sekali dan mencintai pun sekali . saya mula melangkah pergi meninggalkan awak dengan membawa seluruh kekuatan yang saya ada . jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak . jangan pernah menganggap semua tu awak . bagaimana harus saya bencikan awak sedangkan setiap hari saya merindui awak biarpun pada seketika awak pernah berada di sisi saya . setiap saat saya mengingati awak . seumur hidup ini saya mencintai awak ..

awak ! sebelum saya pergi dan sebelum saya menghilang dari dunia awak , saya ingin menyatakan sesuatu yang tak pernah awak tahu . kalaulah awak bertanya pada saya sedalam mana saya cintakan awak , inilah jawapan saya pada awak ...


Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya…


Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya…

‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…

semuanya untuk awak . tapi sayang awak tak pernah tahu dan taknak ambil tahu . awak dengarlah ! saya sayangkan awak sangat-sangat . terlalu sayangkan awakdan kerana saya sayang awaklah saya melangkah pergi demi melihat kebahagiaan awak . saya berdoa supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari . supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti cinta sebenar . supaya suatu hari nanti awak akan dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya . saya percaya Tuhan yang mempertemukan kita . saya tahu ada hikmah d sebalik semua nie dan saya tak akan menyoal . saya jugak tak pernah kesal . sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak , saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya ..

saya juga percaya andai benar kita punya jodoh , awak mungkin akan kembali semula pada saya . itu bukanlah harapan saya . tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan dan kalu pun awak takkan pernah kembali pada saya , saya percaya mungkin itu yang terbaik . di mana pun awak berada awak tetap bertakhta di hati saya dan di mana pun saya berada , saya akan tetap mencintai awak . maut sekali pun tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta serta sayang saya pada awak kalau awak nak tahu . sesungguhnya cinta saya pada awak begitu tebal sehingga tiada siapa dapat pisahkan hati kecil saya untuk mencintai hati kecil awak ..


bersambung ....













0 budak maen batu serembang: