JellyPages.com

May 17, 2011

Jangan Tinggalkan Daku




"Awak... Awak sayang saya tak?"
"Sayang je.. kenapa.. kita kan manusia yang saling memerlukan antara  satu sama lain..."

Atau... kita terperangkap dalam cinta ciptaan kita sendiri... tulus dan ikhlaskah ia? Lahir dari hatikah ia? Kita tak pernah punya jawapan untuk setiap persoalan itu. Kenapa aku memilih dirimu? Aku sendiri tidak tahu dan tidak pernah mengerti. Aku jua tidak mahu tahu dan tidak mahu mengerti. Yang pasti semua ini kerja Ilahi. Aku terima semuanya seadanya. Tarikh itu akan terus segar dalam ingatan aku. 

Akan aku bajai ia agar terus subur. Moga aku takkan pernah melupakan 8 May dalam setiap nafas yang aku hirup, dalam setiap hari-hari yang aku lalui sama seperti sebelas tahun yang lalu. Andai ini jodoh yang Allah kirimkan..  Aku redha... Aku kan cuba menerima kekurangan dirimu andai engkau mahu menerima setiap kekurangan diriku. Kerana kita hanya insan biasa.

Untuk pertama kalinya aku menemukan kejujuran.. ketelusan.. dan ketulusan hati.. moga semuanya berkekalan dan berjalan lancar seperti yang dirancangkan... walau kita tidak pernah merancang... aku percaya pada setiap ketentuan tuhan... untuk pertama kalinya sahabatku melihat aku bahagia... aku dapat merasakan kebahagian itu.. dan aku mahu terus bahagia. Akan aku ciptakan cinta dan kasih sayang pada segenap ruang... akan aku binakan sebuah ikatan yang tulus ikhlas... akan aku binakan sebuah mahligai bahagia berlandaskan kerendahan dan ketulusan hati... Duhai kasih.. 

Bantulah aku agar tarikh keramat yang  pernah aku lalui ini, kita jalani bersama tanpa aku mengulangi kesilapan lalu. Tanpa aku lalui jalan cerita yang sama. Walau cuacanya sama harinya berbeza. Jangan pernah kau berpaling dariku... Jangan pernah kau biarkan aku terus hanyut dengan kesalahan ku sendiri. Sambutlah tanganku... Bimbinglah aku... Bantulah aku mengubat kelukaan dihatiku ini.

Duhai kekasihku .. tanpa aku sedari . tawa dan bahagia itulah mengajarku . mengajarku tentang erti setia . .rindu . . kaseh dan sayang .. tanpa ku sedari juga ia telah mengajar aku erti kelukaan . . rupa-rupanye hanya jauhari mengenal manikam . cuma hati aku yang kenal kaca dan permata . aku terluka kerna kaca yang ku pilih . kaca yang penuh dengan topengan permata . .

Duhai kekasih.. Binalah keyakinan dalam dirimu bahwa kita akan bisa melalui jalan yang kita pilih ini. Jangan pernah kau biarkan rasa ragu bersarang dihatimu dan dihatiku. Berilah satu jawapan yang penuh dengan  keyakinan. Lafazkanlah kata keramat itu agar diriku dan dirimu tidak berpaling pada yang lain. Tidak kira siapa yang memulakan.. Jangan pernah ada yang mengakhiri. Moga kau tetap milikku dan aku tetap milikmu. Genggam erat tanganku... Hingga hujung nyawa..


0 budak maen batu serembang: