JellyPages.com

May 16, 2011

Kekaseh Setia



Kekasih anda adalah setia orangnya apabila dia bersama dengan orang lain tetapi dia hanya mengingati anda dalam fikirannya. Ini adalah sesuatu yang sejujurnya terlalu payah untuk dinilai dan diberikan pemarkahan tetapi selalunya ingatannya yang tidak putus-putus pada seseorang akan jelas terpancar pada riak wajahnya.

Kekasih anda akan bertanyakan pendapat berapa banyak kepada anda sebelum mengambil sesuatu keputusan, tidak kiralah keputusan itu satu keputusan yang kecil mahupun besar untuk dirinya.


Kekasih anda akan mengacau atau menghubungi anda dengan kerap kali untuk bertanyakan dengan siapa anda berada, dan apakah yang sedang anda lakukan kerana dia begitu mengharapkan kekasihnya juga sentiasa berlaku setia seperti mana dirinya.


Kekasih anda malu tapi mahu tidak segan silu memperkenalkan anda kepada ahli keluarganya dan teman-temannya yang paling rapat, kerana dia ingin semua orang tahu bahawa dia sudah memilih untuk bersama dengan anda.

Kekasih anda mungkin akan melayan dengan penuh mesra orang lain yang cuba mendekatinya, tetapi dia tahu batas pergaulan untuk bercampur dengan lelaki/wanita lain. Ini kerana dia hanyalah seorang hamba Allah yang dilahirkan sebagai seorang yang sangat mudah mesra dengan orang lain tetapi tidak mungkin curang pada pasangannya.

Kekasih anda akan setia bersama dengan anda tidak kiralah ketika anda senang mahupun susah, dan hatinya tidak akan sampai hati sekiranya melihat insan yang dicintainya berada dalam kesusahan atau kesedihan.

Kekasih anda adalah pemberi nasihat yang paling bagus untuk anda, kerana pada saya, sifat setia dan tulus ikhlas itu adalah dua sifat yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Sekiranya dia benar-benar setia pada anda, dia tidak akan mengucapkan sesuatu yang tidak ikhlas hanya untuk membuatkan anda berasa senang hati ketika berdepan dengan masalah, sebaliknya akan selalu berada di sisi anda dan bersedia untuk memberikan nasihat yang jujur dan  ikhlas ketika anda dalam kesusahan.

Kekasih anda juga merupakan seorang yang sangat menghargai persahabatan. Pada aku la, seseorang yang tahu bagaimana untuk menghargai persahabatan akan tahu bagaimana untuk menghargai cinta dalam hatinya dan ciri-ciri seseorang yang tahu menghargai persahabatan adalah apabila dia sekurang-kurangnya mempunyai beberapa orang rakan yang setia di sisinya ketika dia dalam kesusahan.

Kekasih anda paling senang sekali berkongsi bagaimana dia menjalani kehidupannya seharian bersama anda. Dia tidak akan merasa terbeban untuk memberitahu kepada anda dengan siapa dia keluar dan apakah yang dia lakukan kerana dia paling tidak sanggup apabila insan yang dia cintai mula meragui kesetiaannya ..

untuk awak yang amat saya cintai sekarang . terime kasehh sangat2 kerana menerima diri saya seadanye .. saya hargai kaseh sayang dan cinta yang awak berikan . saya ingin menjadi yang terbaek untuk awak . . abang !

Kasih kau bagaikan pelangi

Mewarnai bahtera hidupku
Kau tetap terbaik untukku
Kau tercantik engkaulah cintaku

Kau bagai malaikat yang selalu setia
Melindungi menjaga dan mendampingiku
Baik dalam susah dan senang kau selalu
Ada bersamaku

Setiap malammu slalu aku melindungimu
Dibangun tidurmu ku selalu ingin disampingmu
Dalam tidurmu ku selalu ingin disisimu

Kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
Kau adalah pelita terang dalam jiwaku
Aku tersadar melihat kebahagiaan itu
Seperti pelangi

Aku pun berjanji akan slalu menjagamu
Melindungi dan berdoa untukmu
Smoga apa yang kau inginkan tercapai slalu
Hidupku adalah milikmu

Setiap malammu slalu aku melindungimu
Dibangun tidurmu ku selalu ingin disampingmu
Dalam tidurmu ku selalu ingin disisimu

Kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
Kau adalah pelita terang dalam jiwaku
Aku tersadar melihat kebahagiaan itu

Hidupmu adalah hidupku
Kebahagiaanmu adalah bahagiaku
Kesediahanmu adalah kesedihanku
Nyawamu adalah hidupku

Kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
Kau adalah pelita terang dalam jiwaku
Aku tersadar melihat kebahagiaan itu
Seperti pelangi

p/s :: Malaikat Pelangi Cinta .. mmang best first dengar !



1 budak maen batu serembang:

Unknown said...

after baca . . pleasee follow :)