JellyPages.com

October 13, 2011

Lelaki yang tidak setia , curang adalah bodoh .



Setelah sekian lama aku tak update entry tetiba terasa nak update something jer . hurmm sori lah akhir2 nie buzy kit dengan aktiviti family . al maklumlah ada orang baru nak datang dalam rumah kami nanti . haha aku bakal jadi auntie lah lagi . asyik kak long dan acik jer boleh baby , aku bila pulop ?? 






Curangkah?
Tidak setia?
Entahlah ..

Setia 

Kata orang, itu antara inti pati penting dalam suatu perhubungan. Antara faktor yang memungkinkan suatu hubungan itu menjadi istimewa, menjadi lebih bermakna apabila dua hati yang saling memerlukan, diikat sentiasa tanpa mahu menoleh ke arah unsur luar yang boleh menggugat kebahagiaan. Tetapi, apakah cukup hanya dengan sekadar kesetiaan?

Ada seseorang pernah memberitahu aku, perempuan jangan risau. Lelaki yang tidak setia, curang adalah bodoh . Aku ketawa sewaktu pertama kali mendengar dan membaca apa yang ditulisnya. Terfikir mungkin ada kebenaran walaupun ternyata, di dunia ini, ada sahaja perempuan curang dan lelaki menjadi mangsa. Betul atau tidak? Ahh , tidak perlu dijawab, statistik boleh menunjukkan angka yang membuatkan mata kita tercopot keluar dari kelongsongnya.

Tetapi, seseorang yang menyatakan demikian, curang pula pada perempuannya. Berpaling kepada wanita lain sedangkan perempuannya masih tegar menunggu dan menahan luka yang dalam. Perempuannya dengan bodoh percaya akan janji yang terbina walaupun ternyata, pada lelaki itu, menyukai perempuannya adalah kesilapan kerana cintanya milik wanita lain pula.
Aneh.
Tapi itu manusia sebenar ..

http://farm3.static.flickr.com/2639/4135952994_36e54ceb6e.jpg

Kita kadangkala akan menangisi kecurangan seseorang itu.
Persoalannya, perlukah kita melakukan sedemikian rupa ?
Jawapan aku mudah sahaja, terpulang pada diri .

Kebelakangan ini, menjawab soalan yang ditanyakan kepada aku di text , banyak yang sedang curang sebenarnya. Curang pada kekasih hati dengan punya kekasih lain di belakang walaupun dikaburi dengan gelaran kawan rapat ataupun curang kepada diri sendiri.
Manusia ini, ah, rumit . 
Pening2 . .

Curang kepada pasangan.
Kalau dilihat kepada aspek ini, menimbun sebenarnya faktor yang menyebabkan manusia akan berlaku curang. Kadangkala faktor diri sendiri, dan juga persekitaran serta pasangan itu juga. Tetapi, soalannya, mengapakah membiarkan hati berpaling tadah dengan faktor luar? Adakah kerana silap membuka dan memberikan hati kepada orang yang tidak sepatutnya ?

Manusia memang kerap sunyi dan kadangkala, tidak mengerti apa maksud kesunyian yang melanda mereka. Akibatnya, manusia mula memandang ke arah lain dan merasakan cukup bosan dengan apa yang ada dengan mereka. Bukankah kita bersetuju bahawa manusia memang tamak dan setiasa dahagakan kegembiraan? Cuma kadangkala akibat memburu terlampau banyak, kita akan juga kehilangan dan kalah terlampau besar. Natijahnya pahit, kita mungkin akan ditinggalkan bersendirian  untuk jangka masa yang kita sendiri tidak pasti atas kelalaian dan kesilapan sendiri.

Sakit ?
Memang lah sakit . .

http://farm4.static.flickr.com/3254/2672901385_72665402b7.jpg
Gambar : Kita tidak tahu bila kegembiraan dan hidup kita akan berakhir. Sepatutnya, gunalah ia sebaiknya selagi boleh. Kalaulah pada diri kita terpampang tarikh luput, pasti semua orang akan terkejar-kejar lebih daripada biasa bukan ?

Curang kepada diri sendiri.
Ini yang hampir sebilangan daripada kita tidak menyedari hakikat yang paling menyakitkan dan membunuh dalam diam. Kita curang pada diri sendiri dengan membiarkan apa yang kita lalui dalam hidup ini mengkhianati kita dalam senyap. Ibarat tumor, kanser dan sebagainya, pada satu tahap tidak dapat diselamatkan dan akhirnya kita yang terkorban akibat kesilapan, keegoan dan kelemahan kita sendiri.

Itu lebih memeritkan kerana, kita sendiri yang membuatkan diri terjerumus ke dalam lembah kepayahan dan terpaksa memanjat keluar agar kita terus bernyawa. Aneh bila manusia lebih banyak membuatkan diri mereka sakita akibat tidak setia dengan diri sendiri. Tidak berpegang dengan apa yang mereka percaya dan janji yang mereka ingin kotakan. Ah, kota roboh sebelum sempat dibina katanya.
Ketawa.

Hidup kita, kita yang tentukan . .
Kalau kita tidak mahu orang lain curang kepada kita, nah, jangan tidak pernah setia. .
Karma itu terjadi tahu ?
So senyum.

Nota Kaki :
Bakal sibuk sepanjang hari lagi kerana ada orang baru bakal tiba dalam hidup kami sekelurga .

Fattin Azzam : Jangan cepat mahu memutuskan hubungan tanpa mahu berfikir terlebih dahulu. Cuba duduk berbincang dan cari akar masalah tersebut. Bukankah komunikasi itu penting?

0 budak maen batu serembang: