JellyPages.com

April 25, 2011

april lagi ..




Setiap kali april tibe mesti aku binggung !
yelah sebab 26 hb kan aku di lahirkan ..  tapi tahun nie suram kit lah ..
lagi 2 hari aku nak meningkat usia 22 tahun .. rase cam baru semalam
aku di lahirkan di atas sehelai kain putih yang wangi ..
Dalam diam,kadang-kala kita terlupa atau tak percaya,umur kita semakin jauh berlalu pergi.Pantasnya masa berlalu..Bagi yang mengira akan waktu, mungkin semua ini hanya sebuah perubahan angka sahaja. Bagi yang sentiasa muhasabah atas segala yang berlaku, ada maknanya tersendiri.

Mungkin ada yang terlalu pahit untuk di kenang dan untuk di imbas kembali.Buat kenangan yang lepas, kalau di beri peluang untuk di undurkan masa, tak mahu rasanya untuk menerima peluang tersebut. Cukuplah apa saja yang telah di lalui selama masa itu.Semua itu mengajar aku apa erti menjadi seorang manusia.Mengajar aku apa erti susah, kesenangan tanpa kebahagiaan.Apa yang perlu,harungi apa yang ada di depan mata,danjadikan pengalaman yang lepas buat pelindung diri supaya tak terkena kali kedua di masa hadapan.

Terima Kasih Kenangan. Terima kasih Pengalaman. Tanpa kamu "berdua" aku mungkin lagi masih tercari-cari di mana erti hidup yang sebenar. Kerana kamu "berdua" buat aku lebih mengenali diri aku sendiri.Dengan kamu "berdua" juga, buat aku lebih mengerti ke mana hala tuju hidup yang hakikinya.

Hidup yang lepas, terlalu perit untuk di titipkan ke dalam perjalanan blog ini. Mungkin saja memerlukan masa dan ruang yang tertentu. Bukan mengharap sesuatu dari pembaca setia blog ini, tapi untuk memberi suatu kenangan yang di kongsi bersama buat Si Muda jadikan panduan dan pegangan, buat yang Sebaya di jadikan renungan, dan untuk yang lebih mendahului umur ini menjadikan semua ini sebagai peringatan. Mungkin saja kenangan anda lebih meriah dari aku, dan mungkin saja pengalaman anda lebih bermakna. Mungkin satu hari nanti. Insyaallah ~
Semua kita ada kisah tersendiri. Kisah silam yang hanya kita sendiri saja yang tahu bagaimana perjalanan nya.
Tapi aku bangga dengan kehidupan aku yang lepas. Sebab kehidupan yang lepas buat aku menjadi lebih dewasa dari yang sepatutnya.

Hidup adalah sebuah pilihan, dimana setiap manusia harus memilih diantara banyak pilihan yang mereka hadapi setiap harinya. kerana Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan, hingga akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Setiap manusia mempunyai harapan. Harapan untuk bisa terus hidup bahagia lahir dan batin. Namun, itu semua takkan sempurna dan terwujud tanpa doa, kerana doa adalah harapan untuk kita teruskan nya..btw ..
April has taught me enough!!
Life isn't easy.. even I've tried to take it easy..
EXCITED ?? last week yes.. today?? no I'm not..
xtau la.. maybe penat kot .. penat buat ape?? 
no answer .. and ultimately.. 
Banyak sangat bende yang nak kene pikir..
Banyak sangat plan nak kene buat..
Banyak sangat yang perlu disusun dan dikemaskini..
dan .. yang paling penting..Susah giler nak tenangkan hati nie..
Seksa sangat untuk paksa diri nie untuk kuat !!
Rimas untuk terus tersenyum.. dan tersenyum..
tapi Allah Maha Kaya . .Aku kuat keranaNya..
system aku yang totally suck !! menyusahkan..
tapi dah ok dah.. no more sumpah seranah...
alhamdullilah ..
Yang Dicari,
Walau Bukan Putera Raja,Biarlah putera agama ..
Yang Diimpi,
Biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata ..
Yang Dinilai,
Bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat ruhani,sempurna hati ..
Yang Diharap,
Bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat ..
Yang Datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana aku serikandi dengan silam yang kelam ..
Yang Dinanti,
Bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad Dan janji setia ..
dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
aku redha ketetapan Ilahi kerana
Itulah Ketentuan Sejak Azali ..

Terima kasih pengalaman dan Kau jugalah kenangan..
kerana telah mengajar aku erti kehidupan dan 
erti kebahagiaan yang sebenar ..
after nie nak rest dulu kejap .. 
tnggu after bufday nanti saya tulis lagi okehh ..
thanks pada friends yang sudi bace warkah jalanan ni XD ..




0 budak maen batu serembang: