JellyPages.com

April 20, 2011

luka d aty



awak . .

awak nak dengar tak ??
awak nak tahu tak ??
ketika orang lain sedang sibuk bergembira dengan dunia mereka
saya masih tetap disini, bersama dunia saya yang penuh sunyi
kadang-kadang terasa kehidupan ini 
bagaikan gelap gelita dan sunyi sepi
hati ini mahu meronta untuk keluar dan mencari kebahagiaannya
dan saya hanya mengikut kata hati dan keluar kerana kemahuan diri
tetapi baru saya menyedari tentang sesuatu
bahawa kebahagiaan yang kita cari tidak saya temui diluar sana
seperti yang saya cakapkan pada awak..
saya telah mencuba dan saya tidak dapat meneruskannya..
kerana ia telah menyeksa saya dengan rakus sekali ...
di saat saya cuba melupakan awak ..

awak menyuruh kita melupakan awak
awak sedar tak setiap kali awak mengatakan begitu
terasa bagaikan kita tidak berguna lagi pada awak
hati kita terasa bagai dihiris-hiris dengan pisau..
kesakitan ini memang tak boleh diucap dengan kata
dan memang luka ini tidak mampu diubat sehari dua ..
tetapi kita sembunyikan setiap kali berjumpa awak
kerana kita ingin melupakan semuanya tentang awak yang menyakitkan
bila bersama dengan awak, terasa saat paling manis dalam hidup kita
memang kenyataan ini amat memeritkan 
(seperti yang awak katakan)
tapi kita hanya membiarkan saja, seolah olah tiada apa berlaku
bukan kita sengaja buat endah tak endah
tetapi kita enggan mengakhiri perhubungan ini
kita tidak sanggup melihat perpisahan ini
menjadi leraian pada hubungan kita ..
dan kita sangat sayangkan perhubungan ini dengan sesungguhnya
dan kalaulah awak dapat membaca warkah ini
tahulah awak bahawa warkah ini ditulis sewaktu kita amat rindukan awak
dan juga sebagai bukti 
kita menyayangi perhubungan dan perkenalan ini..

kita tidak mempunyai cara lain lagi untuk memberitahu awak
betapa kita menyayangi awak kerana semuanya telah kita habiskan
dengan melafaz dan melaksanakan pada awak
sememangnya awak mengetahui dari banyak segi tentang itu ...
kadang-kadang kita pilu tentang cinta kita ..
seperti burung dalam sangkar emas
 cantik dan indah diluarnya, tapi terseksa didalamnya .. !!

kita harus berhenti
kerana semakin banyak kita menulis tentang awak
 semakin banyak kita memikirkan tentang awak ..
tentang hubungan kita
dan kita buntu kerana nya ....

2 budak maen batu serembang:

Orang Kita said...

saba2

Unknown said...

xleh nak sabar dh andai kata bukan jodoh kami,saya redha semua nie demi kebahagiaan dye :'(