JellyPages.com

January 14, 2013

Maseh Segarr ..


Assalamualaikum . sekejap jerk kan , hampir genap setahun aku berdiri , bergerak serta menguruskan kehidupan aku dengan hanya mengunakan sebelah kaki . aku rasa seolah-olah kejadian ni baru terjadi pagi tadi . masih segar lagi tarikh 27 Januari 2012 di ingatan , tarikh yang penuh dengan kejutan dan tangisan . cam mana kejadian tu terjadi pun , aku tak pernah lupa . tiba-tiba terasa ingin menangis sepuas-puasnya bila tiba detik tarikh nie . aku redha dan aku percaya , di sebalik kejadian yang berlaku nie mungkin tersimpan 1001 hikmah yang aku sendiri tak pernah tahu seperti yang telah tercatat di sana untuk aku . selama 22hari terlantar di katil wad dan 3hari terlantar koma di ICU membuatkan aku menjadi kaku bila melihat jasad aku sebenar . tapi aku bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana memberi aku peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan aku yang lepas dan memberi aku peluang untuk bernafas serta melihat sinaran matahariNya lagi . dan aku juga berterima kaseh kepada keluarga aku terutama umie dan abah yang selalu ada di sisi aku ketika aku meraung kesakitan . takkala juga pada kawan-kawan yang selalu ada di belakang aku , memberi semangat dan harapan untuk aku terus tersenyum sehinggalah sekarang .. bermacam-macam dugaan , ujian yang Allah turunkan pada aku sejak aku jadi cam nie . tapi aku tak pernah mengalah kerana aku tahu Allah takkan uji aku kalau Dia tahu aku tak mampu serta tidak kuat untuk mengharungi segala ujian yang telah Dia catatkan untuk aku . sesungguhnya , hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik seperti yang telah dicatatkan oleh Nya untuk aku =’)



# semua gambar nie maseh tersimpan rapi , maseh segar terbayang dan bermain di mata dan minda aku . aku jadikan ia pengajara dan pengalaman untuk aku meneruskan kehidupan di masa akan datang ..

0 budak maen batu serembang: